Maaf terlebih dahulu la wahai kawan2 jika apa yang Ana nak tulis ni mungkin nampak macam kecik sangat pandangan Ana ni. Tapi, Ana hanya nak berkongsi pandangan sahaja. I think I am quite a liberal and open-minded person. But, there are things which I feel I cannot tolerate easily and feel very uneasy to be a part of.
Bukan nak mengata. Bukan nak menghina. Ana bukan ustazah. Bukan ahli agama. Ana hanya seorang wanita Melayu Islam yang berusaha memperbaiki diri sendiri (semoga Allah permudahkan usaha). Dalam minggu yang lalu, Ana jumpa 3 video yang dimuat naik ke FB yang menunjukkan acara tarian dalam majlis. Yang pertama, tarian ala-ala filem Hindustan dalam majlis kenduri kahwin. Yang kedua, tarian ala-ala orang Arab siap dengan gelek2 dalam majlis persidangan besar-besaran yang mengaku mempertahankan bangsa, dan yang ketiga, tarian zapin Melayu oleh pengantin Melayu.
Komen Ana untuk video pertama. Acara tarian tu nampak macam untuk ahli keluarga sahaja dan untuk seronok-seronok. Pandai masing-masing menari. Terlintas pula dalam kepala Ana: Allah, ni dah macam majlis kahwin orang Sikh kot? Yang biasa kita saksikan dalam filem-filem Hindustan tu. For fun, that is very obvious. Tapi...kenapa nak buat cam tu ye? Kenapa dimuat naik ke dalam FB jika memang untuk ahli keluarga sahaja? Agak2...ada tak masyarakat luar yang akan konfius dengan apa yang disaksikan dalam video tu? Well, maybe we want to do something different but still .... when there are many aspects of our wedding ceremony is following the ritual of other beliefs, why add one more which obviously is against Islam? [Ok2...Ana faham: Aku punya majlis, aku punya suka lah kan nak buat apa?]
Komen untuk video kedua. Allahuakbar...ini lagi la melampau. Majlis persidangan kot. Yang hadir pun orang kenamaan kot? Bersongkok, berketayap pun ada kot? Bertudung, berselindang lip lap kot? I honestly not that much averse to the mixed gatherings between males and females for I am involved with this kind of gatherings many times. Gatherings for 'ilmu. But this gatherings..? Tak pe la. Still ada kebaikan inshaaAllah jika ada yang saling mengingati kepada melakukan kebaikan. Setakat yang Ana tahu mengenai gatherings Melayu ni, siap ada doa pada awal majlis. Tapi di tengah2 majlis macam ni...tarian gelek? Aduhai...berkat doa ada lagi kot? Kesian la para ustaz and ustazah serta haji dan hajah yang turut hadir majlis ini. And male being male...agaknya apa yang kalangan male ni lihat ye bila nampak perempuan bertudung tergedik2 menggelek backsides tu? Wallahu'alam.
Video ketiga...i have to say this, caya la pengantin pandai menari zapin. Both the bride and bridegroom were doing the zapin. Wow! Won't say much about it. Just wish that the marriage will be as fun as the zapin all through out. And hopefully, when things get tough during the marriage, this couple will always remember the historical day of their life...dance away the problem and be jolly!
By the way, sudah ada kajian yang menunjukkan bahawa paksi bumi sudah berganjak dari asalnya...think about okay!
No comments:
Post a Comment