Friday 12 August 2016

Laaa...kita kena bayar juga ke?

Cuba tengok ni:

Ana baru tau rupanya bila kita guna perkhidmatan pos laju, kita kena bayar kos fuel dan handling. On top of that, caj GST juga.

Sebelum ni pernah juga gunakan perkhidmatan ini. Cuma tak pernah perasan. Bila diminta bayaran, bayar sahaja tanpa semak bayaran tu untuk apa.

Entah2 Ana je yang macam ni, tak tau. Bukan perkara baharu. Ana la Ana...len kali bila bayar apa2 tu, cek ler...

Tu tengok tu, ada rounding adjustment lagi. Kalau seorang pelanggan macam Ana ni dikenakan 0.02 sen, kalau 10 orang dah 20 sen kan?

Rasanya la, ada baiknya diadakan semula syiling 1 sen. Nampak macam tak ada value tapi sebenarnya, ia ada value.

Masa kecik2 dulu, Ana selalu je kutip duit 1 sen ni. Cukupkan 5 sen untuk beli ais krim.

Malahan, duit 1 sen ni masa masih digunakan, Ana tetap simpan dalam tabung dan bila nak masukkan dalam akaun tabungan, kira sekali setiap sen yang ada.

Apa pandangan kawan2?

2 comments: