Tuesday 27 December 2011

Aduhhh...akibat terlalu dengar arahan!

Hehehe..bukan apa...saja je i nak citer sesuatu yang telah berlaku baru2 baru ini pada i.

Last weekend, Sabtu, 24 Disember 2011, hari persandingan anak Nani Rostam, alaaa..blogger famous tu...mesti you all kenal kan. She is one of my closest friend. Kawan baru i yang jadi close. Kenal dia pun melalui KakChik@Ella. Okay, what happened on that day?

Hari tu hujan. So sesampai i kat kawasan rumah Nani, guards arahkan i park kereta i kat atas padang dekat rumah Nani. I minta la nak park kat atas jalan raya je disebabkan masih banyak kekosongan dan i pulak datang paling awal. Huby i pulak tengah panggang kambing golek kat rumah Nani. Sebaik aje i masuk kawasan padang, i dah terfikir, tanah lembik, pasti kereta i susah nak keluar ni...True enough! Sebaik i park, i dah terasa tak sedap hati. Huby pun datang dekat kereta bila dia perasan i parked kereta kat atas padang. Dia try maneuver kereta keluar tetapi aduhhhh...malang sekali. Tayar sangkut dalam lumpur. Makin minyak ditekan, makin hebat tayar tenggelam. Alahai...

Terpaksa la keluarkan kuih2 yang Ella pesan dalam hujan...hilanglah cun sekejap dek hujan...hehehehe...

Sepanjang i berada dalam majlis, kepala dok berfikir,' cam ne nak kuarkan keter ni?'

Malam sebelum majlis nikah, i pergi ke rumah Nani bersama Ella dan berkenalan dengan Kak Yun, kawan blogger Ella...seronok jumpa kawan-kawan Ella. Dan pada majlis langsung, berkenalan pula dengan suami Kak Yun, Abang Salleh, anak dan menantu dia.

So, selepas huby selesai tugas dia, kami bincang cara nak keluarkan kereta. I dengan tak malunya terus je tanya Kak Yun jika dia atau suami tahu mana2 individu yang ada tow truck. Tetiba, seorang hamba Allah, jiran Nani, menawarkan khidmat membantu. Dia kata dia ada tali, ada 4WD. Boleh tolong tarik...Ya Allah...betapa murahnya rezeki..

So akhirnya, kereta i dapat dikeluarkan dari lumpur dengan bantuan En. Ismail, jiran Nani yang baik hati. Terima kasih banyak En. Ismail. Tak sempat i nak berkenalan dengan wife dia. Mudah2an Allah beri ganjaran baik buat En. Ismail sekeluarga. Membantu tanpa mengenali siapa i dan huby i..

Apa yang menarik, Abg Salleh..turut membantu bersama dengan menantu dia..alahai lupa pulak nama..(maaf ye..) dan Abg Salleh siap dapat penangan percikan lumpur di baju dan seluar dia. Kesian Abg Salleh...hehehehe..anyway Kak Yun and Abg Salleh, thank you so much. Its a real pleasure knowing you both!

Begitulah kisah apabila membelakangi gerak hati dan ikut arahan! So kira-kiranya...gerak hati tu biasanya betul..kan3x?

5 comments:

  1. oh, kesian kak zana..By the way orang malaysia mmg sangattla baik hati..

    ReplyDelete
  2. salam zana..
    seronok dapat kenal dengan Zana dan family..

    ReplyDelete
  3. mesti keta berlumpur yang amat kan...hahhaha sy pun pnh kak...teruk gaklah...siap kn p cari kayu...

    ReplyDelete
  4. Kwn2 i sume kelas2 kan kak .. termasuk la u. hihihi

    ReplyDelete
  5. Hai Princess Nur..betul tu..orang2 Malaysia..baik2 belaka tapi kena 'baik2' juga..hehehe...
    kakyon...yay!! terima kasih kakyon..kakyon n abg salleh memang baik hati..i suka!
    pinky..welcome beb!
    kakchik@ella..kawan2 u mmg kelas..pandai u berkawan..

    ReplyDelete