For the past one week, i have been feeling under the weather everyday. I try to figure out what could be the reason for this uncomfortable feeling....am i near the time to meet my Maker already? I am scared...
I feel tired easily nowadays. I think i lost much of the enthusiasm i always have in doing my everyday duties. I almost drag myself to keep on trudging forward and it pains me to feel this way. There are too much to be done and yet, my energy level has plummeted to lower level.
I wonder if my blood sugar level has risen from normal. I wonder if my already borderline level of bad cholesterol has surpassed the limit. Would that be the reason why i am feeling so bad lately?
Looking at my family's health history, it is really not encouraging at all. Mother is a diagnosed diabetes. Late father died of leukimia. Grandmother died of old age but she had severe Alzheimer, extreme senility and was on medication for hypertension. Grandfather was said to die of lack of vitamin B (what was the disease?). My other grandmother (mother's side) died of somekind of illness (not sure what). Hmmmm...am i having a concoction of those problems that my descendants suffering from? i hope i am not.
Anyway....i am at a lost a bit now. My last blood check up was alright except for the bad cholesterol level which is threateningly going overboard.
A friend advised me to just go and take that long break much needed by my physical and perhaps emotional being. Sounds like a very good advice but...what about my family? And i am sure, my dear husband won't understand the need for me to be all alone and refresh myself. What a life!
Sunday, 30 September 2012
Sunday, 23 September 2012
Apa ni Ana...?!
I marah diri i sendiri ni. Duduk di rumah, walaupun tak rajin memasak, asyik juga nak makan. Bahaya ada makanan banyak kat rumah.
Biskut raya pun i juga yang banyak habiskan. Dah anak-anak tak minat, i pun belasah la..Tinggal sikit aje lagi baki yang ada. Adoiiii...parah la bila i kat rumah. I love cookies!
Macam mana la nak lawa, bergaya macam Cik Ta (Rozita Che Wan) tu? Hmmmm...kenapa ye lelaki tinggalkan perempuan lawa macam dia? (ni kata hati i...)
Tak boleh jadi ni...asyik nak makan je...baik i p tidur awal.
Good nite all!

Saturday, 22 September 2012
When you say nothing at all
Wanna share this lyrics and of course the song that to me is the best from Ronan Keating. Do enjoy:
Hmmm...sometimes we can feel the love from our loved ones even with no words being thrown out from the mouth. I must always remember that for...men generally don't know how to express in word but show their love through their actions.
But then...men, you really need to show your love which ever way because women need reassurance all the time.
And at times, some verbal expression is much appreciated.
Huhuhu...mushy mushy Rozzana....
Its amazing how you can speak right to my heart
Without saying a word you can light up the dark
Try as i may i can never explain
What i hear when you dont say a thing
The smile on your face lets me know that you need me
There's a truth in your eyes saying you'll never leave me
The touch of your hand says you'll catch me whenver i fall
You say the best when you say nothing at all
All day long i can hear people talking out loud
But when you hold me near
You drown out the crowd
Try as the may, they could never define
What's being said between your heart and mind
The smile on your face lets me know that you need me
There's a truth in your eyes saying you'll never leave me
The touch of your hand says you'll catch me whenever i fall
You say the best when you say nothing at all
Hmmm...sometimes we can feel the love from our loved ones even with no words being thrown out from the mouth. I must always remember that for...men generally don't know how to express in word but show their love through their actions.
But then...men, you really need to show your love which ever way because women need reassurance all the time.
And at times, some verbal expression is much appreciated.
Huhuhu...mushy mushy Rozzana....
Friday, 21 September 2012
Bermula sudah...insyaAllah istiqamah!
Dua malam lepas sudah bermula dan malam ini kali kedua selepas berbulan dalam alam kesibukan, kemalasan dan ketidak-bolehan. Baik juga masa buat pertama kali selepas beberapa bulan 'lepak' yang panjang, semua okay sungguhpun masa melakukan...nafas seperti 20 tahun 'lepak'.
Kalau ikut hati yang malas memang la..malam2, hujung minggu..tak nak ke mana2. Nak tidur aje. Otak penat, badan letih. Tapi, semangat diri untuk melawan kelemahan diri sendiri harus diteruskan dan disuburkan.
Tak guna mengeluh kalau tak berbuat apa2.
Yes! Malam ini berpeluh lagi...best!
Jom g aerobik!!!

Tuesday, 18 September 2012
Sampainya hati!
Berita tergembar dalam suratkhabar pagi ini, "Bayi maut dicampak dari tingkat tiga". Tersentak i membaca tajuk berita itu. Terus sahaja i mengucap panjang. Siapakah yang sanggup berbuat begitu?
I terkenang saat i mengandungkan anak-anak i sendiri dan melahirkan mereka. Terkenang betapa sakitnya proses melahirkan. Tak terfikir bagi i membiarkan seekor nyamuk pun hinggap di tubuh anak yang dilahirkan. Inikan pula menyiksa bayi yang tidak tahu apa-apa. Bagaimana tergamak mencampak bayi yang baru sahaja beberapa jam dilahirkan umpama sampah? Ya Allah....di mana nilai belas ihsan manusia sekarang ini...tambah-tambah bagi seorang wanita?
Maka i terus berdoa untuk anak-anak i," Ya Allah, lindungkanlah anak-anak ku semua dari terkeluar dari agamaMu, jauhkanlah mereka dari perbuatan buruk, jauhkanlah mereka dari kejahatan dunia dan akhirat, wujudkanlah rasa kasih dan sayang mereka terhadap semua makhluk di dunia ini. Ya Allah, perkuatkanlah iman anak-anak ku dari godaan syaitan dan iblis. Perkuatkanlah iman serta takwa mereka terhadapMu. Lindungilah mereka selalu Ya Allah dari segala yang merosakkan....amin...yarabbal alamin...."

Monday, 17 September 2012
Bila rajin datang
Macam-macam i nak buat. I perasan sejak dua menjak ni, i ada rajin sikit. Mengemas rumah...habis semua i kemaskan. Tapi siap dengan berdas bebelan kepada anak-anak i yang tak reti nak kemaskan almari pakaian masing-masing atau biarkan bilik tidur seperti tongkang pecah.
Hari ni i berniat nak mula buat kerja pejabat seawal pukul 4 pagi. Bila dah tersedar pukul 4 pagi, i beri tempoh pada diri sendiri, 15 minit lagi la. Alih-alih, dah pukul 6 pagi. Teruk betul! Disiplin hancus!
Kemudian, i pasang lagi niat, 'ok, lepas buat sarapan pagi, mesti terus buat kerja'. Tak jadi juga. Suami ajak bersenam jalan kaki ke kedai minum. Balik dari kedai, terus sibuk di dapur, buat kerja-kerja sebagai suri rumah. Siap basuh baju-baju dan kasut-kasut sekolah anak lagi.
Now...teringat pulak nak berblog. Lepas ni, insyaAllah i akan terus baca artikel yang mana i kena buat review. Mesti buat! Sudah sampai tempoh menghantar laporan....

Sunday, 16 September 2012
Food Network Asia...sedapnya makanan tu!
Sekarang, i ni tengah gila menonton program di saluran Astro ini. Hilang sudah siri CSI kegemaran i sebelum ini. Suka sangat tengok program di saluran ini. Seronok tengok pelbagai jenis masakan yang disediakan oleh pelbagai individu. Tapi, memanglah...bukan kita, orang Barat kebanyakannya. Atau orang Asia yang lahir dan dibesarkan di Barat.
Asyik i menonton tapi tak pernah teringin pulak nak salin mana2 resepi. Nampak cara masakan simpel sahaja. Tapi i perasan, mereka suka guna herba. Serba serbi ada herba. Macam-macam jenis salad. Kebanyakan ada penggunaan pork dan seangkatan. Hmmmm...
Alangkah baik jika i ni rajin...setiap hujung minggu ada sahaja hidangan baru. I ni kurang mahu mencuba sebab suami i bukan adventurous dari segi makanan. Apa-apa i masak, i prefer jika suami i nak makan. Kalau dia tak teringin...memang i tak akan cuba. Anak-anak...sebab ada yang dah dewasa...i galakkan cuba sendiri. Kesian anak-anak i kan?

Saturday, 15 September 2012
Rewang2 di Johor
Baru2 ni masa sepupu suami mengadakan majlis kenduri kahwin, sempat i pergi menjengah aktiviti rewang yang diadakan di Felda Kota Tinggi (sori, tak ingat kawasan mana). Seingat i, perkataan rewang ni adalah perkataan Jawa, yang menggambarkan aktiviti gotong royong semasa sesuatu majlis. Ia membentuk semangat kejiranan tinggi, tolong menolong dan bantu membantu. Masa i kecil dulu, selalu mak i terlibat dengan aktiviti rewang ni. Seronok. Meriah.
Hanya pada ketika ini, sangat jarang ia diamalkan. Saudara mara pun biasanya datang ke majlis kita lebih sebagai tetamu dari melibatkan diri dengan aktiviti rewang ini. Rasanya mungkin dalam tempoh tak sampai 5 tahun, langsung hilang aktiviti seperti ini. Anak2 i pun mungkinnya tak akan amalkan. Macam i juga, lebih suka bila kebanyakan kerja i buat sendiri perlahan2 kalau setakat mejlis kecil2an. Kalau dah kenduri besar seperti kenduri kahwin, tak mungkin i mampu buat sendiri. Yang mudah, perkhidmatan katering la kan.
Apa2pun, i nak share beberapa gambar aktiviti meriah yang i saksikan di Felda Kota Tinggi ini. Yang terlibat pun satu keluarga je...anak beranak makcik suami i yang tinggal di sana.
Hmmm...sayang kan bila kita akan kehilangan aktiviti sebegini? Kuranglah sudah kemesraan sesama masyarakat. Sesama keluarga....ke mana hilangnya jati diri masyarakat kita? I sendiri pun sudah kehilangan ciri keMelayuan ini. Adohhhhh....

Mengacau ayam masak .... (tak tau apa nama) |
Yummy....sup tulang! |
Hmmm...sayang kan bila kita akan kehilangan aktiviti sebegini? Kuranglah sudah kemesraan sesama masyarakat. Sesama keluarga....ke mana hilangnya jati diri masyarakat kita? I sendiri pun sudah kehilangan ciri keMelayuan ini. Adohhhhh....
Wednesday, 12 September 2012
Kesian dia...
Dalam suasana perayaan seperti ini (ala...tinggal beberapa hari sahaja lagi ni), i tengok dia, i kesian sangat2. Nampak letih sangat dia. Selalu i tak nampak la keletihan seperti yang i nampak sekarang ini di wajah dia. Memang, hati sangat belas pada dia. Mahu tak mahu, i hulurkan bantuan kepada dia supaya ringan sikit kerja2 dia waktu ini.
Musim perayaan memanglah macam keadaan 'durian runtuh' bagi dia. Hampir setiap hari selepas seminggu hari raya, tak menang tangan dia menyediakan semuanya. Kalau tak sediakan sate, dia sediakan kambing. Kadang tu, pagi sediakan sate, petangnya, kambing pula.
I bersyukur tengok keadaan 'durian runtuh' dia tu. Boleh juga i tumpang2 kot..
Dan i berdoa, semoga Allah beri dia kekuatan untuk menghadapi cabaran 'durian runtuh' ni. Kalau tak larat, tak payah terima tempahan...itu kata i. Susut dah berat badan dia. Dah lah baru je habis puasa kan. Sebab dalam dia sibuk sebegini, makan selalu sahaja tak teratur. Kesian i pada dia...
Siapa dia?
Suami i la....

Tuesday, 11 September 2012
Mana perginya lelaki?
Soalan yang bagus? Atau tak perlu dipersoalkan?
I masuk ke kelas dan berjumpa kumpulan pelajar2 baru untuk kursus i. Menarik sekali statistik setakat ini. Bagi kedua2 kumpulan pelajar baru dalam kelas i, dua2nya menunjukkan statistik 10% sahaja pelajar lelaki. Hmmmm....ke mana perginya pelajar2 lelaki lain ye? Dalam program kejuruteraan semuanya ke?
Tetapi bila i berada di blok kejuruteraan pulak, asyik terserempak dengan pelajar2 perempuan. Kenapa ye? Agaknya ramai anak2 perempuan dilahirkan berbanding lelaki ke? Ye la...i sendiri ada 2 orang sahaja putera yang 5 lagi puteri. Jadi tak hairan la kot...perempuan ramai dari lelaki kannnn?
I tak pasti la kalau kaum lelaki suka dengan kenyataan 'perempuan lebih ramai dari lelaki sekarang ini..'
I suka lelaki ramai. Adik beradik i pun semuanya lelaki belaka. So i memang bias terhadap lelaki. Kawan baik i pun lelaki pada masa ini. Hehehe...
Apakah agaknya kadar bilangan kelahiran bayi lelaki berbanding perempuan agaknya ye?
Hmmmm...kalau dah perempuan ramai, nampak gaya...ramai la perempuan yang membujang atau mungkin banyak la kes poligami ye. Ok ke lelaki? Sanggupkah menanggung lebih tu? Kalau seorang ayah selalu mengeluh 'jaga anak perempuan seorang tak la sesenang menjaga lembu sekandang', bolehkah lelaki menjaga lebih dari seorang isteri dan anak-anak perempuannya? Jawab la wahai lelaki budiman...

Go! Go! Caiyuk!!
Esok (11/9/2012).
Anak lelaki kedua i akan menduduki peperiksaan UPSRnya. Malam ini nampaknya dia nak lepak. Tidur awal. Bagusss....i memang suka dia tidur awal supaya keesokkan harinya dia segar di dewan peperiksaan...semoga berjaya ye Muhammad Israk Afiq!
Permintaan dia untuk esok: tolong hantar Icak ke sekolah ye Bu. Sure ... No problem.
Dan malam ini, i berjaga untuk menyiapkan presentation untuk kelas esok. Esok juga bermulalah semula kelas marathon i untuk sesi pengajian baru. Agaknya, macam mana pula perangai kumpulan anak2 muda baru yang akan mengikuti kelas i esok. Yang penting...i dah bersedia. Bersedia berkongsi ilmu dengan anak2 muda sebaya anak sulung i.
Mudah2an sesi pengajian kali ini lebih baik dari yang sebelumnya!

Monday, 10 September 2012
Duit oooo duit...
Hehehehe....
I selalu terfikir perkara yang tak masuk akal ni: Kalau la duit tu boleh petik di pokok-pokok...pokok berbuah duit atau berbunga duit...bestnya...
Orang kata, 'ada kerja, ada gaji.' Dan bila ada gaji ada la duit, kan...sebab tu la kita ni kerja kuat sakan. Semua sebab duit. Ada ke yang kerja hanya semata-mata nak beribadah? Kerja memanglah amal ibadah juga kan, dengan niat kerana DIA, dan melakukan kebaikan. Menanggung keluarga tu satu kebaikan juga kan. Tapi pada akhirnya...duit juga impian semua orang.
Kalau tak ada duit, mana nak sampai ke Tanah Suci...
Sebenarnya masalah duit ni masalah sejagat. Perhatikanlah apa yang berlaku di Eropah hatta negara kita sendiri. Ada yang cabut nyawa sendiri akibat tekanan hidup, duit tak cukup.
Jadi...'money is the root of evil?' Fikir2kan lah ye...
Kenapa la i tulis pasal duit ni ye...ish!

Sunday, 9 September 2012
Kenapa la malas sangat?
Sepatutnya i dah naik pangkat. Kawan-kawan yang jauh lebih muda dan terkemudian pun ada yang dah naik pangkat. I aje yang terkedek2...nape ye?
I selalu sedar apa yang kurang pada i yang membuatkan i tangguhkan mengisi borang kenaikan pangkat. Dan sepatutnya bila dah sedar tu, kena la baiki kan? Tapi....i ni la yang tak melakukan. Dan kerana itu, i tak boleh salahkan sesiapapun dengan keadaan i ini. Sendiri mau sedar...
Apakah alasan i tak buat apa yang sepatutnya?
I selalu bagi alasan i tak ada masa nak isi borang. Walaupun bos besar, kecik dah cuit2 i suruh isi borang. Jeles ada juga bila yang lebih kemudian dah dapat.
Ramai yang kata apabila memegang jawatan pentadbiran, memang banyaklah urusan akademik tertinggal. Realitinya memang lah begitu tetapi bila difikir2kan betul2...itu alasan...sebab ada yang boleh. Hmmm...nape i tak boleh?
Nak berazam, dah nak masuk tahun baru balik...adoiiiii...cepatnya masa berlalu...
Aduhai...kenapa la i ni malas sangat??

Tuesday, 4 September 2012
Macam nak muntah rasa tekak..
Ehhh...jangan silap sangka dengan tajuk tu. I saja je buat gimik tau!
Sebenarnya i nak bercerita pasal pengalaman perjalanan i ke Fraser's Hill. Mungkin orang lain dah banyak kali naik ke Fraser's Hill, tapi i baru hari ini (4 September 2012) pertama kali ke Fraser's Hill. Bukan jauh sangat rupanya Fraser's Hill dari rumah i...hanya dalam 3 jam perjalanan termasuk mendaki bukit.
Kenapa i rasa macam nak muntah? Laluan pendakian tu...aduhai...sikit lebih kurang jugak lah macam ke Cameroon Highlands melalui Tapah cuma i rasa, yang ini, lagi hebat. Sebab...laluan bengkang bengkok melalui lereng bukit tu seperti ular kena palu beberapa kali. Berbelok2 hebat dan jarak antara satu belok dengan yang lain sangat dekat. Ngeri i bayangkan bas yang menaiki Fraser's Hill.
I datang menggunakan kenderaan pejabat. Jadi ada lah pemandu yang tolong hantar i. Kawan2 i yang lain menaiki bas. So i bayangkan bagaimana ngeri perjalanan mereka. Bayangkan lah, bas panjang dan tinggi, melalui laluan sempit dengan dahan-dahan pokok atau batang buluh ada yang merentangi jalan. Kawan i beritahu i, ada ketika, salah seorang dari mereka terpaksa turun dari bas dan memberi panduan pergerakan bas untuk melepasi selekoh tajam. Bahkan, mereka kata, bas yang mereka naiki mempunyai kesan calar panjang sepanjang badan bas akibat terpaksa merempuh dahan pokok yang merentangi jalan.
Balik dari sini nanti i akan turut menaiki bas...menuruni lereng bukit. I tak pasti samada i nak pejam mata sepanjang perjalanan atau nak buka mata seluas-luas supaya i sedar semua yang berlaku.
Terlintas di fikiran i, siapa aje lah yang sanggup berulang alik ke Fraser's Hill?

Sunday, 2 September 2012
i setuju
Kerana dia sahabat, i terima keputusan yang dianjurkan. Demi menghormati dia sebagai sahabat yang i kasihi, i terima saranan dia. I tahu, hanya sahabat yang sejati sanggup berkorban. Dan i bersyukur atas segalanya.
Yang penting, kami masih bersahabat seperti biasa.
Bukan mudah menjaga hubungan persahabatan. Mudah memutuskan. Jadi demimu sahabat...kita adalah sahabat karib. Kita sama2 menjaga, ok!

Saturday, 1 September 2012
Jelez kat dia
Bila i terserempak dengan dia, hati i selalu terdetik...'alangkah seronok jika aku seberani dia...'
Dia memang berani. Bukan semua orang sanggup lakukan itu. Tambah2 orang macam i. Kadang i fikir, 'kalau la aku berani dulu...mungkin hidupku berbeza..'
I teringin menjadi seperti dia. I nampak tiada halangan bagi dia untuk membuat apapun. Malahan, dia memandu kereta sport, menunggang motorsikal. Hanya rumah dia memang la...tertutup sentiasa. Betul2 dia wanita muslimah. I rasa suami dia sangatlah beruntung sekali. Tiada siapa nampak isteri dia selain dia.
Aduhhh...sebahagian hati tertarik ke arah itu, sebahagian lagi masih lemah...memang i patut jelez pada dia, wanita berpurdah itu.
Sejak akhir2 ini pun...impian i semakin menjadi2 untuk ke sana. memang itu jugalah impian i sedari kecil pun...ingin ke sana. Di sana nampak seperti tenang. Walaupun i takut2 nak ke sana mengenangkan hidup i begini, tetapi hati sangat terpanggil2 ke sana. Mudah2an...
Wahai jiwa yang sedang dilanda ribut...tenanglah hendaknya...

Subscribe to:
Posts (Atom)