Tuesday 11 September 2012

Mana perginya lelaki?

Soalan yang bagus? Atau tak perlu dipersoalkan?

I masuk ke kelas dan berjumpa kumpulan pelajar2 baru untuk kursus i. Menarik sekali statistik setakat ini. Bagi kedua2 kumpulan pelajar baru dalam kelas i, dua2nya menunjukkan statistik 10% sahaja pelajar lelaki. Hmmmm....ke mana perginya pelajar2 lelaki lain ye? Dalam program kejuruteraan semuanya ke?

Tetapi bila i berada di blok kejuruteraan pulak, asyik terserempak dengan pelajar2 perempuan. Kenapa ye? Agaknya ramai anak2 perempuan dilahirkan berbanding lelaki ke? Ye la...i sendiri ada 2 orang sahaja putera yang 5 lagi puteri. Jadi tak hairan la kot...perempuan ramai dari lelaki kannnn?

I tak pasti la kalau kaum lelaki suka dengan kenyataan 'perempuan lebih ramai dari lelaki sekarang ini..'

I suka lelaki ramai. Adik beradik i pun semuanya lelaki belaka. So i memang bias terhadap lelaki. Kawan baik i pun lelaki pada masa ini. Hehehe...

Apakah agaknya kadar bilangan kelahiran bayi lelaki berbanding perempuan agaknya ye?

Hmmmm...kalau dah perempuan ramai, nampak gaya...ramai la perempuan yang membujang atau mungkin banyak la kes poligami ye. Ok ke lelaki? Sanggupkah menanggung lebih tu? Kalau seorang ayah selalu mengeluh 'jaga anak perempuan seorang tak la sesenang menjaga lembu sekandang', bolehkah lelaki menjaga lebih dari seorang isteri dan anak-anak perempuannya? Jawab la wahai lelaki budiman...

No comments:

Post a Comment