Sunday, 16 September 2012

Food Network Asia...sedapnya makanan tu!

Sekarang, i ni tengah gila menonton program di saluran Astro ini. Hilang sudah siri CSI kegemaran i sebelum ini. Suka sangat tengok program di saluran ini. Seronok tengok pelbagai jenis masakan yang disediakan oleh pelbagai individu. Tapi, memanglah...bukan kita, orang Barat kebanyakannya. Atau orang Asia yang lahir dan dibesarkan di Barat.

Asyik i menonton tapi tak pernah teringin pulak nak salin mana2 resepi. Nampak cara masakan simpel sahaja. Tapi i perasan, mereka suka guna herba. Serba serbi ada herba. Macam-macam jenis salad. Kebanyakan ada penggunaan pork dan seangkatan. Hmmmm...

Alangkah baik jika i ni rajin...setiap hujung minggu ada sahaja hidangan baru. I ni kurang mahu mencuba sebab suami i bukan adventurous dari segi makanan. Apa-apa i masak, i prefer jika suami i nak makan. Kalau dia tak teringin...memang i tak akan cuba. Anak-anak...sebab ada yang dah dewasa...i galakkan cuba sendiri. Kesian anak-anak i kan?

No comments:

Post a Comment