Hanya pada ketika ini, sangat jarang ia diamalkan. Saudara mara pun biasanya datang ke majlis kita lebih sebagai tetamu dari melibatkan diri dengan aktiviti rewang ini. Rasanya mungkin dalam tempoh tak sampai 5 tahun, langsung hilang aktiviti seperti ini. Anak2 i pun mungkinnya tak akan amalkan. Macam i juga, lebih suka bila kebanyakan kerja i buat sendiri perlahan2 kalau setakat mejlis kecil2an. Kalau dah kenduri besar seperti kenduri kahwin, tak mungkin i mampu buat sendiri. Yang mudah, perkhidmatan katering la kan.
Apa2pun, i nak share beberapa gambar aktiviti meriah yang i saksikan di Felda Kota Tinggi ini. Yang terlibat pun satu keluarga je...anak beranak makcik suami i yang tinggal di sana.
Mengacau ayam masak .... (tak tau apa nama) |
Yummy....sup tulang! |
Hmmm...sayang kan bila kita akan kehilangan aktiviti sebegini? Kuranglah sudah kemesraan sesama masyarakat. Sesama keluarga....ke mana hilangnya jati diri masyarakat kita? I sendiri pun sudah kehilangan ciri keMelayuan ini. Adohhhhh....
No comments:
Post a Comment