Sepatutnya i dah naik pangkat. Kawan-kawan yang jauh lebih muda dan terkemudian pun ada yang dah naik pangkat. I aje yang terkedek2...nape ye?
I selalu sedar apa yang kurang pada i yang membuatkan i tangguhkan mengisi borang kenaikan pangkat. Dan sepatutnya bila dah sedar tu, kena la baiki kan? Tapi....i ni la yang tak melakukan. Dan kerana itu, i tak boleh salahkan sesiapapun dengan keadaan i ini. Sendiri mau sedar...
Apakah alasan i tak buat apa yang sepatutnya?
I selalu bagi alasan i tak ada masa nak isi borang. Walaupun bos besar, kecik dah cuit2 i suruh isi borang. Jeles ada juga bila yang lebih kemudian dah dapat.
Ramai yang kata apabila memegang jawatan pentadbiran, memang banyaklah urusan akademik tertinggal. Realitinya memang lah begitu tetapi bila difikir2kan betul2...itu alasan...sebab ada yang boleh. Hmmm...nape i tak boleh?
Nak berazam, dah nak masuk tahun baru balik...adoiiiii...cepatnya masa berlalu...
Aduhai...kenapa la i ni malas sangat??
No comments:
Post a Comment