Tuesday 9 August 2016

Lawatan ke Pusat Kesihatan Meru

Lawatan? Ye la kot lawatan...

Sebenarnya Ana bawa anak2 untuk buat ujian TB kat Pusat Kesihatan Meru. First time jejak kaki ke sana. Mulanya singgah di Klinik 1Malaysia. Ana dimaklumkan, kat situ mereka tidak sediakan ujian yang berkaitan. So bergegas la Ana ke Meru. Alaaa...tak jauh mana pun. Kurang 20 minit dah sampai.

Dah lama sebenarnya Ana tak pergi ke mana2 klinik kerajaan. Ada la dalam 9 tahun lamanya. Last pergi bila bawa Kamalia untuk suntikan berkala kanak2. Jam pada waktu Ana sampai di sana adalah pukul 3.30 petang. Punya la ramai pesakit luar...

Ana nak cerita sikit kot pasal Pusat Kesihatan ini. Keadaannya bagi Ana menyedihkan dan perlu perhatian pihak yang bertanggungjawab : Pejabat Kesihatan Daerah dan Pegawai Perubatan Daerah khasnya.

Punya la sempit ruangan Pusat Kesihatan ini. Bahagian pendaftaran yang sepatutnya yang pertama kita jumpa, kedudukannya pula di bahagian dalam. Sistem panggilan bernombor...bagus dah tu. Dua orang staff nurse dan seorang RN berkhidmat di meja hadapan bagi mendapatkan maklumat asas pesakit untuk keperluan rujukan pegawai perubatan. Ada 3 buah bilik konsultansi / rawatan. Sebuah berada di belakang kedudukan staff nurse dan RN. Dua buah lagi bersebelahan kaunter pendaftaran. Kaunter penerimaan ubat pula bersebelahan dengan bilik rawatan / konsultansi. Tiada ruang pemisah antara pesakit yang menunggu giliran berjumpa staff nurse dengan yang menunggu giliran berjumpa pegawai perubatan dengan yang sedang menunggu giliran mendapat ubat. Ana yang first time di sana, konfius bila dengar nombor giliran dipanggil pada sistem pembesar suara. Sebab, samada panggilan untuk berjumpa pegawai perubatan atau ke kaunter ubat?

Apabila nombor Ana dipanggil bersekali dengan nombor anak, we were ok. Glad to be called together. Will make it easier to explain my need to see the medical officer. Anak Ana nak minta nasihat jika ada keperluan menukar ubat sebab ada klausa dalam kad rawatan untuk berjumpa doktor jika ubat yang diambil menunjukkan kesan tertentu.

Bila masuk je ke dalam bilik konsultansi, masyaAllah, crowded nya. Ana ingat Ana tersalah masuk bilik kot. Dalam tu dah ada empat orang manusia. Ana tak perasan yang mana pegawai perubatan di dalam bilik tu. Hehehehe...kasihan pegawai perubatan, boleh Ana tak perasan kedua2nya. Ana dh paling muka keluar dari bilik untuk semak betul ke ni, bila pegawai perubatan panggil nombor pendaftaran Ana.

Allah...pathetic nya keadaan. Satu meja kecil dikongsi oleh dua orang pegawai perubatan. Meja kerani kat ofis Ana pun lagi besar kot dari meja dalam bilik rawatan tu. Bayangkan meja sebesar meja guru dalam kelas di sekolah. Dikongsi oleh dua orang. Adoiii...sempitnya. Terasa macam sardin pulak.

Yang paling tak puas hati...tiada privacy langsung. Setakat Ana tahu, perbualan atau sesi konsultansi atau rawatan di antara seorang pegawai perubatan dengan pesakit adalah sesi P and C kot. Sebab tu kalau nak guna maklumat pesakit dalam kajian mesti mendapat kelulusan mesyuarat etika. Tapi keadaan dalam bilik rawatan / konsultansi di Pusat Kesihatan Meru...tiada privacy. Apa yang ditanya dan dimaklum oleh pegawai perubatan A kepada pesakit A, boleh didengar oleh pegawai perubatan B dan pesakit B. Eh! Ini salah dah dari segi etika dan profesionalisme.

Bukan sahaja Ana dengan anak sahaja ada dalam bilik masa tu, ada lagi seorang pesakit duduk dalam tu menunggu. Allah...macam mana pesakit lain boleh duduk kat dalam tu?

Pegawai perubatan yang bertugas pulak...aduhhh...kalau bukan sebab Ana memahami keadaan, mahu aje Ana tempelak. I have to repeat my explanation for coming to see him almost three times before he understood. Ana berbahasa Melayu kot. Lain la cakap BI yang mungkin tunggang langgang. And then for a disease which is contagious in its nature, Ana kena ada surat pulak untuk kena test. Apa ni? Nobody wants to be tested for anything unless necessary la doc. you know that. So, what was the hassle of asking 'ada surat?'

Ana memang totally disagree with the condition at Pusat Kesihatan Meru. Maybe I could email to Pejabat Kesihatan Daerah kot? Working environment tak conducive langsung. P and C pesakit terabai. Kasihan kepada rakyat marhaen ni wei...

Aduhai Pegawai Perubatan Daerah...sila la jenguk2 keadaan di Pusat Kesihatan Meru...sila la upgrade bangunan...Boleh ke capai status negara maju kalau macam ni perkhidmatan yang disediakan?

2 comments: