Wednesday 12 September 2012

Kesian dia...

Dalam suasana perayaan seperti ini (ala...tinggal beberapa hari sahaja lagi ni), i tengok dia, i kesian sangat2. Nampak letih sangat dia. Selalu i tak nampak la keletihan seperti yang i nampak sekarang ini di wajah dia. Memang, hati sangat belas pada dia. Mahu tak mahu, i hulurkan bantuan kepada dia supaya ringan sikit kerja2 dia waktu ini.

Musim perayaan memanglah macam keadaan 'durian runtuh' bagi dia. Hampir setiap hari selepas seminggu hari raya, tak menang tangan dia menyediakan semuanya. Kalau tak sediakan sate, dia sediakan kambing. Kadang tu, pagi sediakan sate, petangnya, kambing pula.

I bersyukur tengok keadaan 'durian runtuh' dia tu. Boleh juga i tumpang2 kot..

Dan i berdoa, semoga Allah beri dia kekuatan untuk menghadapi cabaran 'durian runtuh' ni. Kalau tak larat, tak payah terima tempahan...itu kata i. Susut dah berat badan dia. Dah lah baru je habis puasa kan. Sebab dalam dia sibuk sebegini, makan selalu sahaja tak teratur. Kesian i pada dia...

Siapa dia?

Suami i la....

2 comments:

  1. Wah!! Rajinnya suami Dr! Alhamdulillah, rezeki. :)
    I rasa your husband doesn't want to disappoint his customers, that's why he still accepts the ordering.. Besides, there's no business without customers.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah Afnan. Rezeki begini hanya berlaku setahun sekali aje...tak la macam Hj Samuri dan anak2nya tu.

    ReplyDelete