Wednesday 7 November 2012

Banjir kilat di Shah Alam, Sek 13

Nak share satu kisah tragis la dengan kawan-kawan.

Semalam (5 Oktober 2012), hujan turun dengan lebat dan hampir tak mahu berhenti sepanjang hari di Shah Alam. perjalanan i adalah melalui Bulatan Kayangan dan kemudian menuju ke laluan di Stadium Melawati di Seksyen 13. Kadang, banyak juga trafik disitu. Bulatan di situ pernah menyaksikan bagaimana i tersondol sebiji kereta lain kerana i teragak-agak dan akhirnya buat keputusan salah, lalu kereta i sondol sisi kereta orang lain. 

Laluan di situ semalam perlahan dan i mengagak, tentu ada sesuatu yang melengahkan perjalanan. Betul tekaan i kerana sebaik hampir tiba dekat Tesco Xtra, kelihatan air yang dalamnya sehingga ke lutut pada bahagian tepi kawasan parking stadium. Air melimpah sehingga ke jalan raya. Kebanyakan kereta beratur untuk mengelakkan laluan yang dipenuhi air tu. Sungguhpun kereta i agak tinggi, i pun tak berani nak redah air tu.

Dalam i berhati2 tu, tetiba, ada sebuah kereta berwarna biru, laju sahaja merentas i. Terkejut juga i sebab, dalam keadaan jalan banjir, masih ada yang memandu laju? Dalam hati i terdetik ini,' beraninya dia...'

Selepas hanya 50 meter, i ternampak kereta tadi memberi signal kecemasan, dan ia berada di tengah2 kawasan banjir jalanraya. 'Alahai....kan dah kena...', kata hati i lagi. 

Mungkinkah pemandu kereta tersebut underestimate keadaan banjir itu atau overestimate kemampuan kereta dia?

I agak2 la...pas tu, mesti kereta tu kena overhaul engine service. Melayang la RM sebab tak sabar kot...

Apa2pun, Rozzana....mesti selalu belajar dari semua kesilapan!

1 comment: