Sunday, 31 March 2013

Sukaaaaaa...!

Hari ini i dapat belated birthday presents. Semua item yang memang i suka...cokelat dan minyak wangi. Sengih2 i bila buka kotak yang dihantar secara pos laju tu. Cantik bungkusan cokelat yang diberi. Dan dark chocolate tu...yummy!

Alhamdulillah rezeki i pagi2 hari ni...

Mudah2an esok lusa akan dapat yang lain pulak...huhu...



Saturday, 30 March 2013

Bunga, bunga dan bunga lagi...

I suka bunga. Tak kira la bunga apapun...i suka semua jenis bunga. Teringin sekali nak dapat sejambak bunga...siapa la nak bagi i bunga...mimpi aje la...

Kat sini i nak share ngan kawan2 beberapa gambar bunga-bungaan yang i sempat ambil semasa ke mana2. Oh ye! Masa i belajar suatu ketika dulu, masa musim bunga...berlari2 i mencium harumnya bau bunga2 ros yang pelbagai warna. Apabila melihat bunga2 tulip yang berwarna warni, ya Allah...gembira sakan hati i. alangkah indah ciptaan Yang Maha Esa. Apabila pokok2 dipenuhi oleh bunga2 berwarna pink atau putih, bunga sakura....indahnya alam ini. Dan i terjumpa pokok lily of the valley...kecil sahaja tetapi bau wanginya...best!

Kat Malaysia ni, memang ada macam2 bunga berbagai warna. I nak share kat sini...lihatlah...

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Banyak kan koleksi i? Ni gambar orang amatur je...snapped pakai bb aje...kalau pakai S3 lagi cun kot...
 
Good night friends...i nak mimpi dikelilingi bunga2 indah...
 
 
 
 
 
 
 
 

Friday, 29 March 2013

Bagaimana mendapat anak cerdik seperti Yahudi?

Okay, kali ni i nak share dengan kawan2 pasal bagaimana nak lahirkan anak2 yang cerdik macam anak2 Yahudi. I dapat maklumat ini dari email i. Ia adalah hasil kajian seorang Mat Saleh semasa Mat Saleh ini berada di Israel. Mat Saleh ni mengkaji kenapa anak2 Yahudi cerdik2 berbanding anak2 Amerika. Malahan kecerdikan anak2 Yahudi adalah 10x lebih berbanding anak2 bangsa lain.

I rasa maklumat dari kajian Mat Saleh ni masuk akal. Kata Mat Saleh ini, orang2 Yahudi mula mendidik anak2 mereka sejak dari dalam kandungan lagi. Apabila perempuan Yahudi mengandung, mereka mendengar muzik dan mula membuat banyak latihan matematik. Kata mereka, muzik baik untuk perkembangan otak bayi. Membuat latihan matematik adalah permulaan memberi akal yang baik.

Mereka juga menjaga pemakanan. Mereka banyakkan memakan buah badam, kurma dan minum susu. Mereka tidak makan ikan yang berkepala. Maksudnya, mereka makan banyak ikan tetapi bahagian kepala dibuang. Kata mereka, makan kepala ikan tidak elok untuk perkembangan bayi. Tetapi ikan itu sangat bagus untuk perkembangan otak.

Seperti dalam agama Islam sekalipun, seharusnya hidangan ikan tidak bercampur dengan daging. Begitulah makanan orang-orang Yahudi. Mereka banyak makan ikan dan apabila ikan dihidangkan, tiada makanan berprotein lain dihidangkan, hanya ikan. Bagaimana dengan pemakanan kita?

Orang-orang Yahudi banyak makan kacang badam. Jom kita amalkan...

Kebanyakan mereka tidak merokok kerana nikotin yang terkandung dalam asap rokok merosakkan sel-sel otak secara jangka panjang. Ia memberi kesan kepada genetik. Tak percaya ke? Ini adalah pengakuan orang2 Yahudi sendiri. Tapi, lihatlah siapa pemunya kilang rokok terbesar?

Mat Saleh yang menulis berkaitan ini, telah mencuba untuk dirinya sendiri. Kata beliau, kesan pemakanan baik ini dapat dilihat pada generasi ketiganya...cucu2nya menjadi kanak2 yang cerdik.

I dah terlambat la nak ikut cara makan yang baik ini. Tetapi rasa i, belum terlambat untuk ibu2 muda mengamalkannya. Cubalah...

Thursday, 28 March 2013

Jom sama2 membaca!

Memang masyarakat kita ni masyarakat yang kurang membaca. Ada yang tak setuju ke dengan pandangan i ni? Maaf ye jika kurang setuju. Tapi hakikatnya begitulah.

I bukan nak kata diri i ni bagus. Tapi i memang suka membaca. Apa2 sahajalah yang i rasa menarik i baca. Masa i kecik2 dulu, mak i selalu aje bising bila dia nampak i membaca, especially bila i tak siap kemas rumah lagi. Kata mak,' tu Ana bila dah jumpa kitab.....' Kadang bahan bacaan i ni hanyalah secebis kertas surat khabar pembeungkus makanan. Tapi masa tu, memang i tak punya banyak bahan bacaan. Perpustakaan adalah tempat yang i paaaaling suka!

Bila i dah ada duit sendiri, masa belajar dulu (bukan duit sendiri pun, duit biasiswa aje), banyak dari duit tu i spent untuk beli buku atau bahan bacaan. Bahkan, boyfriend i masa tu (husband i sekarang la...) bila nak berjumpa i mesti akan bawakan i majalah bulanan yang bersifat informasi. Banyak juga lah koleksi bacaan i. Cuma, pada masa itu, tumpuan membaca i adalah untuk kemahiran bahasa dan leisure dan adalah pengetahuan juga.

Sekarang ni, i belajar2 membaca perkara lebih serius...pasal motivasi la...pasal ilmu sains la...pasal pengurusan la...bacaan orang dewasa la lebih kurang. Tapi masih juga untuk kemahiran bahasa, i baca buku2 cerita juga.

Antara bahan bacaan i sekarang....chewahhh...



Serious kan i? Ni belum termasuk buku2 cerita lagi...Jom la kita baca buku banyak2. Membaca kan jambatan ilmu...

Wednesday, 27 March 2013

Tahniah Fatihah!

Keputusan peperiksaan SPM sudah seminggu diumumkan. Alhamdulillah...Fatihah did well. Sebelum peperiksaan bermula, i beritahu Fatihah, 'Ibu nak semua A kalau boleh semua A+'. Kasihan Fatihah pulun habis masa peperiksaan. Badan yang memang dah kurus melidi bertambah kurus.
 
Apabila keputusan peperiksaan hampir dikeluarkan, Fatihah dah tak senang duduk. Sudah termimpi2. Dan dia nampak takut. Tak ada apa yang i boleh buat untuk dia...
 
Pada hari keputusan peperiksaan diumumkan, hari Khamis, 21 Mac 2013, pagi2 lagi Fatihah dah nampak risau. 'Nak muntah la ibu'. Itu kata Fatihah. Punyalah takut dia...I pergi kerja seperti biasa tapi berjanji dengan Fatihah akan hadir di sekolah semasa keputusan diumumkan. Fatihah bagitau i,'Kalau ibu tak datang pukul 11 nanti, Fatihah nangis.' Kebetulan i tak ada kelas. So pukul 10.45 pagi i bertolak ke sekolah Fatihah.
 
Keputusan diumumkan oleh pihak sekolah dalam pukul 11.30 pagi lebih kurang. Ramai juga ibu bapa yang turut sama menemankan anak2 mengambil keputusan peperiksaan. Sebelum diumumkan, kami ibu bapa mendengar berita seramai 6 orang pelajar mendapat keputusan semua A. Semasa keputusan diumumkan dengan dimulakan dengan nama2 pelajar yang mendapat keputusan cemerlang, i berdebar2 menunggu. Nama pertama yang dipanggil adalah kawan baik Fatihah, kemudian nama kawan baik seorang lagi dan 4 orang lagi, pelajar2 lain. So, Fatihah bukan salah seorang yang mendapat semua A. By that time, Fatihah dah menangis teresak2...sedih sebab tidak dapat memberi apa yang i inginkan. Kemudian pihak sekolah mengumumkan keputusan peperiksaan yang mendapat 7A....apabila nama Fatihah dipanggil, Fatihah tak sedar sehinggalah kawan2 memberitahu dia...

Ketika Fatihah bergerak mengambil keputusan peperiksaan dari tangan pengetua sekolah, mukanya merah padam, hidung merah...airmata bercucuran. Suami i memanggil Fatihah apabila Fatihah lalu depan kami. Sedih i lihat Fatihah menangis. I faham perasaan dia. I memujuk dengan meminta melihat kertas yang menandungi keputusan peperiksaan dan segera mencari keputusan kertas Additional Mathematics. Apabila i maklumkan 'Fatihah, Fatihah dapat A+ untuk Additional Mathematics,' Fatihah tersenyum seketika dan menjerit,'Betul ke ibu?'.
 
Fatihah mendapat 6A+, 2A- dan 1B+. Cemerlang...sungguh cemerlang. I pun tak secerdik itu. Hehehehe...
 
Sekarang Fatihah sudah pun mengisi permohonan melalui UPU ke program asasi dan diploma. Cita2 Fatihah masih sama, ingin menjadi seorang doktor. Mudah2an tercapai hasrat dia. Hanya i maklumkan kepada Fatihah, dia kena berusaha mendapat semua A semasa program asasi sains nanti. Ini kerana, keputusan 2A- dan 1B+ tu adalah untuk kesemua subjek sains asas Fatihah.



Apa2pun, i doakan semoga Fatihah berjaya ke arah mencapai cita2nya. Seronok apabila ada a medical doctor in the house...

Thursday, 21 March 2013

Sambil menyelam, minum air

Masa kelas tadi, i cerita kepada students i tentang adaptasi tubuh terhadap rangsangan....luar atau dalam. Antara adaptasi yang berlaku adalah pertambahan jisim (increase in mass) yang boleh berlaku kerana pembesaran sel dan pertambahan bilngan sel. So i beri contoh di mana kedua2 keadaan boleh berlaku iaitu apabila tubuh perempuan (uterus). Dah masuk pasal bab pregnancy la pulak...

Sambil menyelam, minum air...

Lalu i cerita juga mengapa, semua orang kena hormat perempuan terutama yang bergelar 'ibu/mak/mama/mom'. Mengapa Rasulullah mengatakan bahawa ibu harus dimuliakan..bahkan wajib bagi anak2 lelaki memuliakan ibunya...(harap i tak salah di sini). I cerita mengenai perubahan tubuh, pengorbanan dan kesakitan. Oleh kerana students i ni dalam bidang separa perubatan, jadi mereka faham apa maksud apa yang i ceritakan.

Sesungguhnya kesakitan semasa bersalin memang hanya sementara tetapi semasa ia dialami, seumur hidup tak kan mudah dilupakan. Andainya lelaki boleh merasakan apa yang dialami oleh isteri semasa mengalami kesakitan bersalin....biarpun sesetengah perempuan nampak seperti mudah sahaja melahirkan, tetapi ramainya mengalami trauma kesakitan.

Apa2pun...i sudah mengalami sebanyak 7x...cukuplah tu. Alhamdulillah...

Wednesday, 20 March 2013

Belajar untuk ketawakan diri sendiri

Kelakar pulak i rasa...

Baru2 ni i tukar features blog i. Boring kot tengok yang sama. Lagipun i teringin la konon nak cuba sesuatu yang baru. Alih2, awal2 tadi masa i nak update, i tak tau nak ke mana, macam mana nak update. Sebabnya, tak ada pulak button atau mana2 tempat kat feature baru tu yang tunjukkan kat mana nak update. Ehhhhh...pusing keliling i cari jalan. Idea tengah banyak pulak tu...

Entah macam mana, dalam i mencuba2...taraaaaaa....dapat la pulak ke page update. Yahoooo! So i am now updating my blog. Tu la Rozzana ni, tak reti nak tukar2...

Lately ni, i perasan yang i dah lebih rileks berbanding dengan, tahun lalu katakan. Tahun ini, i macam lebih mudah nak terima diri i sendiri, dah boleh kurang serius dengan diri sendiri. I selalu je ketawakan diri i sendiri. Seperti kata Ella, 'Akak suka je ketawa bila buat salah step masa senam robik.' Abihhhh...kalau orang lain ketawakan lagi tak best. Lagipun, i dah lower down high self expectation i sendiri. Kalau i tak boleh buat, rileks la...esok masih ada.

Walaupun begitu, i selalu sedar, dateline kerja kena ikut...kalau tak performance akan menurun. Tak mahu pulak orang mengata i kerja main2...cuma bila masa i nak main2, i main2 la...tapi bukan bab kerja.

Kerja tak boleh main2 kannnnn....tu tanggungjawab...diberi upah...kena la serius!

Tuesday, 19 March 2013

Lerrr...tak senonoh Rozzana!

Hari ni entah macam mana i boleh buka email google i. Ada lebih 100 email dalam tu rupanya yang i tak baca. Ada tu komen dari pembaca blog i. MasyaAllah....punyala ignorance nye i, i tak tau pun i boleh nampak komen pembaca melalui email i. Nak kata tak reti IT, reti la jugak...cua bila ada email address lain yang lebih aktif, i tak buka la yang kurang aktif.

Mulai hari ini, kena juga la i jengok2 email google i ni nampaknya. Mana la tau kot ada komen serius dari pembaca...maaf ye kawan2..bukan i sombong tak nak respon tapi i tak tau ada komen ditinggalkan untuk i baca.

Ada tu komen dari tahun lalu....aduyai....real sorry ye.

I always feel that no one will comment anything about what i wrote because well, i dont have that many people reading my blog i suppose. But when there is a comment, most times i would love to respond if necessary. Now i feel bad that perhaps, those commentators probably think that i am not interested to read their comments...bad, bad Rozzana.

Apapun i nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada yang sudi komen dan yang sudi membaca coretan yang tak seberapa ini. Tiada niat untuk menyindir sesiapa...menulis banyak untuk mengingatkan diri sendiri sahaja...juga jika ada yang sudi terima pandangan i, terima kasih.

Jaga diri semua....

Sunday, 17 March 2013

Ini aje?

Meh i share ngan you all bihun goreng kosong yang nilainya RM2.00 sekarang ini. Bukan share makan, just share picture aje.


Nampak apa yang ada dalam bungkusan polisterena ni? Bihun kosong aje kan? Ada la sehelai dua daun sawi. Terkejut i tau masa buka bungkusan tu. Memang la i yang pergi beli and pilih makanan tu. Cuma i tak sangka la, plain begitu. Sudah la plain, tak berasa la pulak. Aduhai....

I sedar bahan-bahan mentah sekarang ini mahal. Tapi tak kan la nak jual dengan harga RM2.00 tak ada apa rasa seperti itu? Salahkah jika kita berjualan mengikut citarasa kita, jual mahal sedikit ? Pembeli akan berasa beruntung la juga sebab walaupun bayar sedikit mahal, tapi bihun tu sedap. Puas hati. 

Memang itu la kali pertama dan terakhir i membeli di gerai tepi jalan itu. Tak mahu dah buat dosa mengutuk si penjual yang i anggap nak untung lebih dan masak ala kadar aje itu. Lebih baik i bangun awal pagi setiap hari, masak sendiri di rumah...lagi sedap dari yang ini...huhu...

Saturday, 16 March 2013

Hari membeli buah

Hari Rabu setiap minggu adalah hari i shopping buah-buahan segar. Masa itulah hari pasar malam diadakan di tempat i tinggal. Jarang sekali i membeli makanan atau barang lain di pasar malam melainkan buah-buahan.  Cuba you all tengok gambar-gambar ni:






Best kan? Semua buah-buahan segar. Yang i paling suka beli, buah epal dan buah naga. Biasanya anak-anak i akan request buah lai dan anggur. Juga oren. Sekali beli sehingga lebih RM50.00 tetapi berbiji-biji buah ada. Bagi i sangat berbaloi. Boleh lah tahan 3,4 hari kesemua buah-buahan tu di rumah.

Sayur-sayuran dan ikan, i jarang beli di pasar malam. I rasa seperti mahal pulak harganya. Bila dijual sayur itu mengikut ikat, i suspek, berat tak sama tetapi ikut cekak si penjual. Walaupun 3 ikat sayur hanya RM5.00, masih i rasa mahal sebab seikat tu i sorang je besalah makan, pun tak mencukupi.

Selain buah-buahan, i suka juga beli yong tau fu...atau murtabak ayam / daging, keropok lekor. Semua tu favorite anak-anak i. 

Bila ke pasar malam, memang tak perasan duit keluar berapa banyak...sedar-sedar boleh cecah RM300.00 apabila banyak barang dapur turut dibeli. Murah ke tu?


Friday, 15 March 2013

Kasihan Fatihah..

Tak lama lagi keputusan peperiksaan SPM akan keluar. I tengok anak i Nurul Fatihah dah tak senang duduk. Termenung sana termenung sini. I faham, dia risau akan keputusan yang bakal keluar ini. Apa tak risau bila i tekankan kepada dia sebelum bermula peperiksaan tempohari, 'Ibu tak nak banyak, hanya nak semua subjek A atau A+'. Stres agaknya Fatihah.

Fatihah bagitau i yang dia dah termimpi keputusan peperiksaan tu, yang dia perasan, dia dapat A untuk Applied Mathematics. Wah! itu dah sangat baik . Mudah2an betul...Cuma dia kata, yang lain dia tak pasti. Ermmmm.....

Memanglah fatihah bercita-cita untuk emnjadi ahli perubatan. Pada masa sama, i galakkan dia membuka minda untuk bidang lain yang seumpamanya seperti pergigian atau farmasi. So nampaknya Fatihah dah buat homework. Apa2pun, terserah kepada pilihan dia dan rezeki dia kelak.

Melihat betapa stresnya Fatihah, i redakan dia dengan sesekali memeluk bahu dia, bisik kat dia, 'apa2 results  Fatihah pun , ibu okay aje. Fatihah dah berusaha bersungguh-sungguh dan sudah berdoa. So terima sahaja apa yang akan diputuskan kelak.'

Doa i mudah2an keputusan peperiksaan Fatihah sebaik yang diharapkan...

Thursday, 14 March 2013

Ada nilai rupanya

Lama ke i berdiam diri...tak kot kan...Tapi memang susah sikit nak update blog sejak akhir2 ini. Tapi i berusaha untuk update sekurang-kurangnya 2x seminggu. Kadang tu bila idea sedang penuh di kepala, masa pulak tidak mengizinkan. Ini i curi masa di pejabat, hari Jumaat , masa lunch hour. Selalu waktu ini i masih juga bekerja tapi seperti kata kawan i, 'waktu lunch, u rehat la!' So i bukan curi masa pejabat tau....

Kejap tadi masa i nak google blog i, i terjumpa ini kat google:

Alexa ranking table for coratcoret-duniazana.blogspot.com

We have estimated the price of coratcoret-duniazana.blogspot.com comparing realtime advertising rates, unique visitors and search traffic to $137 You can put our pricetag widget on your site in order to attract attention to your customers.


Mountain View California (CA) United States (US) 
Nameservers
Google Links: | Indexed Pages: updated 2013-03-14
PageRank: updated 2013-03-14

Ooooo...ada nilai rupanya blog i ni. I segan la pulak kan...almaklum, siapa aje baca blog i ni. Anyway, i am so thankful to everyone who read my coratcoret. Dah nama coratcoret so...segala macam perasaan, pandangan, cerita i nak kongsi di sini.

Agaknya kalau yang ramai follower tu, mahu beribu nilai blog mereka kot. Kayo tu...

Apa2pun, syukur la kerana Ella@K.Chik  memperkenalkan dunia blog kepada i. Dan syukur juga ada yang sudi mengintai ke sini...

Jaga diri selalu ye semua....

Wednesday, 6 March 2013

Bermula sesi baru

Tanggal 4 Mac yang baru lepas, bermula la sesi baru minggu akademik di UiTM. Pengambilan baru pelajar bagi sesetengah fakulti atau program. Bukan untuk program di fakulti tempat i attached. Alhamdulillah. Jika tidak, pening kepala kami semua.

Anak i Fatin, pun dah mendaftar untuk meneruskan pengajiannya di peringkat sarjana muda. Kebetulan dapat di kampus di mana i bertugas. Mudah la sedikit sebab tak jauh dari rumah dan samada dia travel dengan i atau ayahnya apabila i kena pergi ke Shah Alam. Kurang la perbelanjaan kerana tak perlu menyewa rumah. Cuma anak risau jika perlu hadapi cubaan dan godaan untuk belajar apabila di rumah...almaklum, ada ASTRO...apapun i nasihatkan dia, agar pandai menjaga masa dan insyaAllah tiada gangguan setakat untuk belajar untuk apa2 asesmen dan kerja kuliah. Jimat juga sebab i tak perlu sediakan kemudahan internet untuk dia sebab di rumah sudah ada kemudahan itu. Syukur sangat2...

Untuk i pula, beban pengajaran masa sama seperti sebelum ini, dengan bilangan pelajar seramai hampir 400 orang kesemuanya. Kena rajin dan sabar kerana ini bermakna banyak la kerja pelajar yang perlu disemak dan diserahkan semula kepada pelajar supaya mereka dapat perbaiki kesilapan.

I memang bersyukur sangat kerana Allah lorongkan i ke arah ini...berkongsi ilmu dan pengalaman dengan anak2 bangsa i...Mudah2an Allah berkati serba sedikit apa yang i kongsikan dengan mereka dan mudah2an kesemua mereka berjaya dalam hidup mereka. Aminnnn...

Jom makan maggi:


My lunch today akibat misscommunication!

Tuesday, 5 March 2013

Kenapa tak boleh ni?

Geram dan bengang juga la i bila mencuba berkali2 tetapi tak berjaya. Laptop i ni  yang function slow atau memang network slow tengahari ni? Alahai...terbantut la perancangan.

Bukan apa, i nak buat urusan perbankan atas talian. Dah dekat 1 jam mencuba, masih tak berjaya. Dari IE dan ke Google Chrome...entah apa la masalah ye. Ke waktu tengahari begini, ramai yang online banking?

Kalau tak buat hari ni, memang la bakal terlupa urusan ni.

Dulu, i selalu beratur di pejabat pos la, kaunter bank la...semata2 nak membayar bil. Dulu, takut2 nak buat online banking. Bila i dah mencuba, alahai...senang sangat ni. Everything at the click of the keyboard. Tak payah nak stres beratur panjang. Simpan aje resit online transaction. Mana2 bank pun dah beri kemudahan ini kan.

Jap lagi nak cuba semula la. Harap2 berjaya la...banyak hutang nak bayar ni. Bismillahhhh....

Monday, 4 March 2013

Ala lalalala...GPS! Suria Cherating Beach Resort

Weekend yang baru lepas ni, i dan keluarga pergi bercuti sehari semalam di Suria Cherating Beach Resort. Perjalanan ke sana ambil masa dalam 4 jam lebih kurang. Termasuk masa terbuang kerana sesat. Apa tak sesatnya, i guna gps, entah ke mana2 arah yang diberi. Sepatutnya kami menuju ke arah  Kuala Terengganu, arah gps pula ke Pekan Pahang. Jauh beza destinasi tu.

Selepas tersesat dekat 1/2 jam, i give up. I called kawan yang sama2 pergi ke sana, dapatkan direction. Pun begitu, suami i asyik takut2. Dah masuk jalan betul, dia nampak jalan tu macam sunyi, pusing balik. Aduyai...lepas bertanya dengan penduduk setempat, rupanya betul laluan yang dituju sebentar tadi.

Singgah makan di sebuah gerai / restoran tepi jalan (Restoran Baging), makan nasi ayam, nasi goreng Amerika, nasi goreng Pattaya, bihun sup dan air...semua berjumlah RM64.00. Mahal jugak tu. Sebabnya bila kami makan di KL, sama la harga macam tu. Of course la kami fikir tu mahal sebab restoran tu di kawasan luar bandar. Suami i makan pun tak habis sebab katanya, nasi macam pulut!'

Dalam 10 km ke hadapan dari restoran tadi, sampailah kami di Suria Cherating Beach Resort. Okay la tempatnya. I bayar RM120.00 semalam stay. Ada kolam untuk kanak2 sahaja yang arasnya hanya sedalam paras pinggang dewasa yang mempunyai tinggi 5 kaki. Ada dua kolam sebelah menyebelah. Ada gimnasium disediakan, table tennis, pool table, padang futsal dan beach volley ball. Pantainya boleh tahan cantik. Pasir putih bersih.

Kemudahan dalam bilik, bilik yang i sewa tu, ada dua katil single, ada peti sejuk kecil, extra pillows, set kerusi, TV. Nak gosok baju, kena la minta dari house keeping department.

Makanan...not that bad at all. Sedap juga. Macam2 pilihan juga la. Buah, pencuci mulut, air sejuk, air panas, pilihan makanan utama ada ikan, ayam / daging, sayuran. Pencuci mulut, ada bubur, kuih muih. I rasa, puas hati la dengan hidangan makanan. 

Ada juga kedai cenderahati...

Tempat tu dekat dengan Bandar Baru Chendor.

Sebaris dengan Suria Cherating Beach Resort, tentulah banyak lagi tempat penginapan seperti Impiana Beach Resort, apa lagi ek? Maaf la...terlupa sudha...

Alhamdulillah, anak2 i gembira kerana akhirnya permintaan mereka untuk bercuti di tepi pantai tercapai...syukur.

Sunday, 3 March 2013

Tercapai juga hasrat

Dah lama i plan. Tapi tak sempat2 i nak realisasikan. Segan kat suami. Tapi akhirnya, pada hari Jumaat lepas, tercapai juga hasrat hati i.

Bukan apa sangat pun...hanya i berhasrat nak keluar shopping dengan anak2 dara i saja. Girls day out. Men not allowed. Begitulah adanya..

So last Friday, i bercuti dari kerja dan menemankan anak2 dara i membeli belah. Anak sulung i sebenarnya nak keluar bersama adik dia...Fatihah. Dia minta tolong hantarkan ke stesyen komuter tapi  i cadangkan mereka ke Setia City Mall, i boleh hantar terus ke kompleks beli belah tu.

I sebenarnya memang bercadang untuk ke pejabat dan buat la apa yang patut walaupun dah dapat kelulusan cuti. Borang je i belum isi...alamak!

I cadang, setengah hari aje di SCM tetapi alih2...hampir sehari suntuk di sana. Keluar masuk kedai kami bertiga. I bagitau anak i, 'beli sendiri ye...dah ada duit gaji tu, jangan la kedekut.' Bukan apa, i nak anak2 i pandai memilih sendiri dan bajetkan sendiri. Jika tak cukup duit, jangan beli.

Lepas tu kami makan di Seoul Garden...aduhhhh...masing2 bukan makan banyak mana pun. Baru 1 helping dah kenyang...bayar sampai RM117.00 untuk 3 orang. macam membazir la pulak. I dah tak larat makan. Anak2 i pun bukan pemakan sangat. Kalau la suami i tau...harus kena tegur tu.


Main masak2 di Seoul Garden


Apa2pun, i sangat gembira sebab hari tu, impian i untuk Girls Day Out tercapai. Lubang jugak la purse i walaupun anak dara i tu banyak bayar sendiri...apa yang i beli ye?