Friday, 31 August 2012

She can ride now!

I am talking about my youngest daughter Kamalia Amni. Yes, she rides bicycle now and i am one proud parent. My husband and i always wonder, when will she be able to ride a bicycle. We started buying her tricycle when she was like 3 years old. Then at 5, we bought her another bicycle, which has 2 extra wheels at the side. We encouraged her to cycle every day and of course my husband is always the one who trained her. And then one day, he removed one of the supporting wheels, Kamalia rode and she fell. She tried again and again until her father has to put back the supporting wheels. Then Kamalia stopped trying. We thought she was not interested to ride again. So we gave her bicycle away.

On the recent third day of raya, while counting her raya collection (RM!), she suddenly asked for a new bicycle. She wanted to use her raya money for a new bicycle. And so i made a promise to her that i will buy her a bicycle when her raya collection is enough to buy one. The next three morning, a neighbour whose daughter has new bicycle gave us his daughter's old bicycle to Kamalia. Initially Kamalia refused the bicycle and demanded be given a new one. My husband and i were just waiting for the right time to buy, perhaps on her next birthday, which is about two months away.

Later that evening, as i was reaching home from work, i saw someone who looked like my daughter, riding a bicycle towards my car. I slowed down the car and opened my eyes bigger. My oh my! She was my very Kamalia...riding on two wheels! She was so happy showing off her new acquired ability that she didn't want to stop riding even when the day was getting dark. I wished i had photographed her as she came down the road towards my car. She looked so cute!

Alhamdulillah, i am so happy now that she can ride her bicycle. InsyaAllah, come her birthday later, she will get a brand new, pink color bicycle, her favorite color!

Thursday, 30 August 2012

Setahun sudah berlalu

Dalam diam2, sudah setahun rupanya i berblog. Bila i semak balik catatan yang lepas2...sudah ada cerita pasal hari raya pada coretan i yang lepas2. Boleh bertahan juga i walaupun tak ramai pengikut, tapi i rasa ruang ini memberi i peluang berkongsi rasa dan pengalaman dengan sesaipa yang terbaca blog i ni.

Tak tahu la apa yang pembaca fikir pasal coretan i ni ... suka ke...tak suka ke..?

I menulis bukan kerna nama...

Aduhhh....hehehe...tetiba saja i teringat pasal sedikit senikata sebuah lagu rasanya dinyanyikan oleh seorang penyanyi rock dan sahabatnya...tak ingat pulak siapa...

Apa2pun...i hepi dapat menulis apa yang i rasa. Banyak lagi cerita ceriti yang hendak dikongsi hanya menunggu ketika untuk tercurah di sini.

Sudi2lah menunggu ye..

Wednesday, 29 August 2012

Pesta jamuan raya bermula

Sudah bermula masa semua pejabat membuat jamuan hari raya...hari ni 30 Ogos 2012, hari jamuan raya di pejabat i. Nampak macam meriah sebab diadakan di sebuah dataran indah di tepi kolam. Khemah berhias indah berwarna keunguan. Kipas2 angin merata untuk mengurangkan terik panas...jamuan bermula seawal pukul 10.45 pagi.

Big bos turut hadir ke jamuan. Seronok juga bila big bos sudi hadir...

Makanannnnn...ermmm..boleh lah...

Penganjur menempah sate dari suami i. Seawal pukul 3 pagi suami i dah bangun untuk membakar sate. I bawa masa i pergi kerja.

Selain itu, ada la lemang dan rendang daging, lemang tu sedap, lembut...tapi kuah lodeh..tak berapa nak best. Pucat semacam je...Laksa Johor..hmmm..not bad. Sedap!

Hanya i merasakan jamuan kali ini tak semeriah jamuan yang lepas2. Apapun...kenyang jugak lah i makan. Alhamdulillah...

You all pun tentu sibuk sekarang kan dengan berbagai jemputan jamuan raya sana sini. Semoga gembira semua!

Saturday, 25 August 2012

I nampak sedih ke?

Baru-baru ni ada kawan yang tengok pic i kat FB...dia komen, yang i nampak sedih...alahai...

Betul ke ada kesedihan kelihatan di wajah i? memangla masa tu i sedang dalam kesedihan...tapi tak la sampai mengalir air mata

I rasa la..wajah i ni very expressive la...even when i am angry, people can see that i am angry...but of course, bila i happy...everyone can also see the happiness shown on my face.

I think i kena pakai face mask kot...sorokkkk! Bukan sorok apa..hanya sorokkan kesedihan dan gundah gulana...chewahhh...must now learn to control expression on my face!

Friday, 24 August 2012

Aduhh..nostalgik i hari ni

Secara tiba-tiba, selesai solat, i terkenang zaman i kecil dulu...ketika itu, mak i seorang penoreh getah di kampung i. Tiap2 pagi, i akan mengikut mak ke ladang getah kepunyaan arwah nenek. Mak akan toreh getah, i akan kutip getah beku dalam cawan. I teringat, apabila tiba di kawasan yang agak bersemak, i tak nampak mak, i jadi takut. I akan melangkah dengan cepat sambil tinjau-tinjau sekeliling kawasan...takut kalau-kalau ada harimau ke...hantu ke...i terbayang yang ladang getah tu terletak dekat sangat dengan tanah perkuburan. Bila nampak mak dah dekat, fuhhh..lega hati..

Bila dekat pukul 9.00 pagi, masa untuk i balik ke rumah dan bersiap sedia pula untuk ke sekolah. Tetapi sebelum i ke sekolah, i kena pastikan yang ada makanan untuk adik-adik yang akan balik dari sekolah, semua baju-baju kotor dah berbasuh dan bersidai. Pada masa itu, tiada kemudahan air paip di rumah. So, i harus berjalan dengan baldi berisi pakaian kotor, ke tepi sungai yang jaraknya dalam 1 km dari rumah. Masa tu, i tak ada jam tangan pun. i agak-agak aje waktu.

Selesai membasuh pakaian dan mandi, i berjalan balik ke rumah, cepat-cepat sebab tak mahu tertinggal bas sekolah. Pakaian berbasuh mesti disidai, jika tidak mak tak suka. Sambil i buat semua tu, nasi i dah tanak di dapur. Mak pakai dapur kayu dan dapur minyak tanah. Selesai menyidai kain baju, cari lah apa-apa di dapur yang boleh i masak untuk adik-adik dan mak nanti. Sambil-sambil tu, i siap menyapu habuk di lantai rumah.

Tepat pukul 11.00 pagi, bas sekolah akan lalu di hadapan rumah dan jika i belum berpakaian sekolah lagi, aduhhh...berdebar jantung...takut jika tak ke sekolah. lagipun, waktu yang paling i suka masa tu adalah, masa bersekolah. Mak pun tak suka kalau i tak pergi sekolah.

Alangkah indah pengalaman itu. Tak mungkin anak-anak i melalui apa yang i lalui. Getirnya hidup sebagai anak yatim, mak hanya penoreh getah. Tak tahu bagaimana segalanya selesai. Sedar-sedar, i sudah dewasa dan kini berkerjaya. Hanya i tak akan melupakan budi baik pakcik i yang selalu bersedia dan mengorbankan kesenangan dia untuk menampung anak-anak buah. I bayangkan diri i masa itu, comot, pakaian sekolah yang hanya berganti setahun sekali atau dua tahun sekali...senyum-senyum kambing i teringat anak-anak i sendiri yang asyik meminta dibelikan baru semuanya apabila tiba masa tahun baru.

Jikalah anak-anak i semua tahu betapa perit hidup i...ada ke kawan-kawan pembaca yang merasa seperti i juga?

Thursday, 23 August 2012

Letter to a husband

Dear husband,

Once you have agreed to receive me as your wife, i want your understanding, that i am no perfect. I have flaws and blemishes. There will be time when i will behave erratically, cannot blame my hormones though but yes, i will be like woman in an asylum. But please, please understand me.

I want you to know, i need some pampering. I am no child but with you, i would like to behave like one. Because, i want you to show me your love, your care. I need you to tell me that it is okay to make mistake, that you will be by my side to support me, always...that is what i want to hear.

As a husband, i really look up on you. I am cherishing you as i have total believe that you will lead me to goodness and happiness. I bear your children because i love you. But i want you to always cherish me. Do you know that i have total trust on you? I do...and because of that, i will always remain your humble wife, despite of our differences in some opinions.

I want your unbounding love, attention, appreciation...even when you are tired, please just show me that whatever i do at home, is always being appreciated. You must tell me that i am doing good as a wife and mother to your children. Otherwise, i will not know how good or bad i am. Because, what matters most are your trust in me, for if not, how would i perform my motherly and wifely duties?

Money is nothing without love...but in this era of life, love must come hand in hand with money...i am no materialistic woman but face it, what freedom we could have with some money? Anyway, i never ask for more than necessary. And you know that.

How many marriages fell because of money? And do you think, because of that women should be blamed? You must know, dear hsuband, there are many women who stand by the husband through thin and thick and because of that, women feel cheated when the husbands turned their head to greener pastures. Forgetting that, beside them, stood wives who shoulder everything so that husbands can rest easier and forget about what may happen at home. if i were a housewife, i will look after your children the best i can. even now, as a working woman, i still think of you and the children first before myself.

Aaahhh..sometime I think, there is injustice in all these. that me as a woman must shoulder all responsibilities...but then dear husband, i do all this because i believe in you, and i love you.

I think i have said enough. There are more in my heart, but i guess, it wont kill to keep some secrets.

Take care husband and remember, you must take good care of me too and never let other men steal me from you cause i believe, you are still the best for me!

Wednesday, 22 August 2012

Oiiiii! Siapa di sana?

I memang rasa nak menjerit je bila tengok kesunyian di pejabat. I rasa, pada hari pertama i naik semula bekerja (Raya-3), i sorang je kot yang berada di seluruh bangunan 20 tingkat tu dari pukul 7.00 pagi sampai la lebih kurang kul 10.00 pagi...bila mana kawan sepejabat muncul. Sunyi giler...parking space kosong belaka...

Pagi2 bila menaiki lif, terasa seperti keseorangan sangat i ni. Kebiasaan, lif memang susah amat nak dapat awal. I rasa, baik i enjoy sakan saat sunyi begini dan tak berebut parking dan lif sebelum semua kembali seperti asal.

Yang kurang selesa sikit, ofis i tu ada 'penunggu' katanya...masa bulan Ramadhan, ok la kot ... semua kena gari kan...ni dah Syawal ni...'depa' pun nak beraya sakan gak kot. Anyway, so far, i belum terasa terancam lagi walaupun ada antara collegue i yang dah 'terkena'. Doa i, Ya Allah...lindungi la aku dari melihat, mendengar apa yang tidak sepatutnya sepanjang aku berada di sini, aminnn...

Bukan apa...macam2 cerita i dah dengar...tempat diperbuat dari konkrit..pastinya keras kannnn...? Hehehe...

Tuesday, 21 August 2012

Hari Raya ke-2

Hari ni mentua, ipar duai semua datang ke rumah. Seronoknya i...

Bila ada yang sudi berkunjung ke rumah, memang la seronok. Walaupun kepala dok ligat fikir, nak masak apa ni...????

Akhirnya, husband dan i bersetuju, sediakan nasi putih aje dengan beberapa lauk yang bersesuaian. Kari daging, sambal bilis + kentang, masak lemak kacang panjang + tahu + udang + suun +  tahu kering (masakan orang jawa ni), ayam masak kicap, tahu goreng, daun salad. Hmmmm...penuh juga la meja makan tu.

Alhamdulillahhhh...bila ada yang memuji...fuh! kembang le i...syukur amat! Iye la..i bukan pandai memasak, tetapi bila ipar duai berkenan, seronok sakan..

Lusa dah keje...

Monday, 20 August 2012

Aidilfitri 2012

Seperti kebiasaan, malam raya di rumah mentua. Sesampai di rumah mentua, semua yang dewasa sedang sibuk dengan sate...tak ada sesiapa yang hirau pasal berbuka puasa. Kelam kabut...ada yang membakar sate sampai 3 dapur dorang guna, mentua sibuk mengira sate dan membungkus. Kakak ipar sibuk juga dengan kuah sate pulak. Macam2...i aje yang tak minat nak buat apa2. Sate? Cukup2 la bagi i...

Baik juga i bawakan makaroni goreng...alhamdulillah semasa berbuka puasa, ada la jugak juadah tambahan, sebenar mentua and kakak ipar buat laksa Johor tapi....masa buka puasa, yang terhidang hanya la kuah dan spagheti...lain2 seperti timun, cili kering tumbuk, dan kondimen lain entah ke mana...apa2pun...alhamdulillah.

Sebab everyone is busy dengan sate, i pun tak minat nak membantu, tak reti apa nak buat...so, i cari port untuk tdo...good nite everyone!

The next day, baru la i tolong kat dapur.

Tolong kakak ipar isi kelongsong ketupat dengan pulut. Entah bila la pulut nak siap...apa2pun lauk2 semua mak mentua dah setel kan. Every raya, i akan gorengkan ayam untuk mak masak merah dan biasanya isi beras ke kelongsong ketupat. Suami akan rebuskan ketupat. Pagi raya sebelum solat sunat, hidangan siap atas meja makan...Tahun ini yang beza, i tak isi daun ketupat...

Pagi lepas solat dan berjumpa dengan ipar duai, baru i bertolak ke rumah mak. Kat rumah mak, yang ada menunggu selain mak adalah Alang dan Busu dan keluarga masing-masing. Along dah lebih 2 raya kami tak jumpa...asyik ngan belah kakak ipar, Ateh dah bertolak balik ke Muar. Hmmmm...

Tahun ni, tak banyak rumah dikunjungi...semua yang penting tak ada di rumah, so by 6 pm, kami semua dah di rumah. Lepak....

Sunday, 12 August 2012

Ish! Shopping lagi...

Last weekend p shopping lagi. Yang tak bestnye, bukan shopping baju2 i, tapi baju2 husband dan anak2 lelaki. Baru i tau boringnya g shopping bila bukan beli pakaian sendiri. Sebelum ni i shopping pun bukan utk diri sendiri. Baju anak2 aje...

Letih kaki....

Balik dari shopping...terussssss p urut kaki. Lega kaki dah berurut.

Sok lusa, nak p kutip kuih2 pulak. Ish3...

Thursday, 9 August 2012

Sahabat, mengapa sunyi?

Itu lah yang bermain di kepala i sekarang ini.

Sukar untuk menuliskan semuanya. Tetapi hakikatnya begitulah.

Nak ditelan..tersekat di kerongkong, nak diluah...terasa sayang pulak...kemam aje...mau gigi rosak...hehehe...dalam sedih mesti senyum juga.

Bukan apa, sahabat i ni memang lama i tak jumpa. Dia baik. Selalu sudi mendengar keluhan i. Dia hanya beri pandangan bila i tanya, jika tidak, dia seperti sounding board. Membantu i tanpa banyak soalan. Bagi i, dia sangat memahami. Dia sudi mendengar kesedihan dan masalah i. So i gembira, sebab ada yang sudi mendengar walaupun kadang kala boring kot dia sebab dengar cerita2 basi seorang seperti i ni.

Mungkin sebab boring la kot, sahabat ni berdiam diri sekarang ni. Malas nak layan i dah kot.

Sahabat ooo sahabat...jikalah dia terbaca keluhan i ni, harap dia faham. I doakan semoga semuanya baik2 sahaja untuk dia ini.

Wednesday, 8 August 2012

Shopping raya di Shah Alam

Dua minggu yang lepas i bawa anak2 pergi membeli baju kurung dan baju Melayu. I pergi SACC dan lepas tu ke Kompleks PKNS. Mula2 carikan baju2 kurung untuk Husna dan Kamalia. Dah pandai memilih masing-masing. Yang itu tak nak, yang ini tak nak. Aduhhh...pulak tu, harga baju kurung budak2 bukan calang2...rasanya tak dapat harga RM50 dah sekarang ni kot. Atau i tak cari betul2, sebab tu tak dapat. Pas tu dorang nak juga trendy..the latest in fashion. Itu baru umur setahun jagung!

Lepas Husna dan Kamalia, pergi pulak carikan baju untuk Fatihah dan Izzati. Fatin dah ada baju, i belikan masa ke Vietnam bersama Ella beberapa bulan yang lepas. Fatihah ni cerewet sikit. So memang kena bawa dia untuk membeli. Dapatlah juga apa yang dia berkenan. Harga baju...rasanya tak semahal baju i sendiri. Anak punya pasal, beli la juga.

Seterusnya, untuk anak2 lelaki pulak. Sekali tanya, RM250 sepasang. Mak ai...'murah'nya! Husband terus tarik g tempat lain. Kami pun melangkah ke PKNS, dan di sana, dapatlah beli baju2 Melayu dengan harga rendah sedikit. Dalam RM200, dapat dua pasang baju.

Selesai semua, hati pun gembira walaupun purse ringan la amat. Tapi hati senang sebab hajat tercapai. Baju sendiri tidak juga terbeli lagi...begitulah kan bila dah ada anak2. Anak2 didahulukan. Alhamdulillah, ada rezeki membelikan ...

Mudah2an berterusan rezeki...aminnn...

Perihal balik kampung

Mungkin ramai antara kita mengalami perkara ini: nak beraya di mana, kampung you atau kampung i?
kalaupun berkahwin dengan jiran sebelah rumah sekalipun, i rasa, isu ini tetap akan timbul. Kecuali, pasangan kita memang mengalah sokmo.

Memang la ada yang awal2 dah buat perjanjian, "bab berHari Raya, kita bergilir". Seronok begitu kan, tak payah nak bermasam muka. Setel semua awal2.

Kesian juga i terhadap kawan2 yang ada ketika menghadapi masalah berkenaan balik kampung ni. Selalu boleh setel sendiri tapi ada ketika, emak kat kampung pulak buat permintaan...ada kenduri la, rindu la...macam2 la. Kalau pasangan memahami tak mengapa lah. Tetapi kalau pasangan yang berkeras hati. I rasa la kan, kebiasaan yang selalu beralah adalah pihak suami. Isteri yang selalu berkeras. mungkin ini lah hasil keakraban antara anak dan mak. Dah berumahtangga sekalipun, mak tetap nombor satu. Hai isteri2...jangan lupa, bila dah berumahtangga, suami jadi nombor satu tau. Pujuk lah emak di kampung supaya memahami.

I ni, mujur juga emak seorang yang memahami. Mak mentua pun okay, tak pernah memaksa. Beraya la di manapun...janji selamat dan gembira.

Cuma, i pulak, tak mahu menyesakkan kepala suami, so i tak pernah meminta suami membuat apa2 pilihan...i ikut dia. Ke mana dia ada, di situ juga lah i akan berada. I malas nak peningkan kepala pasal kena buat pilihan. Lagipun, macam i kata tadi, suami nombor satu. Bagaimanapun, i cukup2 bersyukur sebab mak i oaky, mak mentua okay, suami juga okay. Mungkin sebab, i pun okay juga...hehehehe...tak banyak songel (perasan i ni!).

Apa2pun...i ingin ambil kesempatan ini, mengucapkan Selamat Hari Raya buat semua yang sudi membaca coretan i. Semoga semua berada dalam kegirangan. Dan keselamatan sepanjang membuat perjalanan ke mana2pun. Ingat orang tersayang selalu....



Tuesday, 7 August 2012

Cak Lempong alala Cak Lempong

Mungkin ramai yang pernah dengar tentang Cak Lempong. Mungkin ada yang sudah mendengar muziknya dan mungkin ada juga yang telah menyaksikan tariannya. Tapi i, pertama kali mendengar dan menyaksikan persembahan cak lempong ini di satu majlis di mana i adalah pengurus majlisnya. Hanya bab persembahan ini, i tak uruskan.

Apa yang boleh i komen tentang persembahan tradisional ini? Best!

Persembahan yang i saksikan ini adalah persembahan dari satu keluarga yang meneruskan permainan alat muzik cak lempong ini. Mereka bermain muzik dan menyanyi. Bukan sahaja mereka memainkan muzik tradisional, tetapi mereka boleh memainkan lagu moden dengan gaya muzik cak lempong. Mereka bawakan lagu 'Sway' dan beberapa lagu moden lain, tapi yang i teringat sangat lagu 'Sway'. Menarik..halua telinga.


Ahli kumpulan muzik cak lempong

Kalau ada sesiapa berminat untuk panggil kumpulan dari Negeri Sembilan ni, boleh la i tolong dapatkan nombor kontek. I sendiri ada hasrat (kalau panjang umur) dan ada rezeki, kenduri anak2 i kot...boleh la panggil kumpulan ini bermain muzik di majlis yang bersesuaian.





Monday, 6 August 2012

Don't Quit

Sharing something i found interesting from a friend. Do read. Thank you.


Don't Quit

When things go wrong as they sometimes will,
When the road you're trudging seems all uphill,
When funds are low and the debts are high,
And you want to smile, but you have to sigh.
When care is pressing you down a bit.
Rest, if you must, but don't you quit.
Life is queer with its twists and turns
As every one of us sometimes learns.
And many a failure turns about
When he might have won had he stuck it out:

Don't give up though the pace seems slow -
You may succeed with another blow.
Success is failure turned inside out -
The silver tint of the clouds of doubt.
And you never can tell how close you are.
It may be near when it seems so far:
So stick to the fight when you're hardest hit
It's when things seem worst that you must not quit.
 

Friends, life is full of surprises. There are sadness and there are happiness. There are failures, and they being balanced by success. The bad is always balanced by goodness. Just stay put, persevere and a lot of hard work, strives and du'a...He knows best for us.

Sunday, 5 August 2012

Jom ikut The Firm

Tak...tak...you tak salah baca tajuk topik i hari ni, betulll...i nak tulis pasal "The Firm".

Ala...bukan The Firm yang movie atau cerita bersiri di TV tu. Movie tu memang best, buku-buku dari penulis kisah The Firm pun memang best. I suka...dan i baca hampir kesemua karya penulis tu, John Grisham.

The Firm yang i nak tuliskan ini adalah satu siri di TV juga, tapi pasal fitness, aerobic sessions. I discovered pasal program ni 2 minggu yang lepas. Lepas sahur, anak2 i menukar saluran ASTRO berkali2 sehingalah i ternampak program aktiviti senaman yang diketengahkan. Anak2 i pun bagi tau i yang program tu memang ada setiap minggu. Seronok i dengar tu. Pasal...i memang dah lama tak bersenam. Lagi pulak bila i diberitahu yang senamrobik hari Ahad tak ada lagi mulai lepas raya. Hmmmmm...kalau macam tu, i join je senaman di TV tu...channel LI (Life Inspire). Program tu bermula pukul 7 pagi dan berlangsung dalam 30 minit.

Ahad lepas adalah pertama kali i join, berpeluh jugalah badan. Dan disebabkan dah berkurun i tak bersenamrobik, sendi2 dan otot2 berkarat, akibatnya, hari ni i berjalan macam robot...sakit2 semua.

Apa2pun, i gembira sebab at least i boleh bersenam kat rumah, depan TV dan steps senaman adalah lebih kurang yang i buat masa bersenamrobik dengan kawan2...

Jom you all kita sama2 bersenam!

Wednesday, 1 August 2012

Aduhai...malasnya hari ini!

Baru hari Khamis, i dah terasa malas dan tak ada mood nak buat kerja. Belum lagi nak dekat Hari Raya pun...nape la agaknya mood kureng hari ni.

Sebenar i baru balik dari diaudit. I rasa la, semua yang bekerja tak suka bab audit. Kena audit. Walaupun kita dah bersedia sekali pun, aktiviti itu melelahkan. Walaupun tahu aktiviti itu menyumbang kepada kebaikan tetap juga, aktiviti itu...i menyampah!

Letih nak menjawab benda yang kita tau...tapi...lagi letih kot nak jawab benda yang kita tak tau kan..?

Ish! Nape i rasa macam tak nak keje ni...???

Black card

Ini bukan sebarangan black card yang i maksudkan ni...bukan pasal main black jack ke apa ke...

Pertama kali i dengar pasal black card adalah dalam dua minggu yang lalu. Masa i dengar tu, i buat2 macam i tau apa maksud black card tu. Yang i tau masa tu, bukan semua orang boleh dapat black card. Hanya the privilege one! Huh! Hebat kan..?

Selepas satu minggu, i pun bertanya kepada seorang kawan, apa maksud black card tu. Bila kawan i bagitau...hmmmm...wow!

Rupanya, pemunya black card ni memang la privelege. Apa taknya, dengan kad itu, dia boleh berbelanja tanpa batasan. kat mana-mana pun di mana kad diterima. Dasyat kan...

Eh! Entah2...i aje yang tak tau pasal wujudnya kad seperti ini. I sendiri memang jauh panggang dari api la nak guna kad seperti itu.

Cuma..hehehe...i tumpang tuah kawan yang menggunakan kad seperti itu, atau lain kata...i dah berkawan dengan millionaire you! Wow!! (orang lain yang millionaire, i pulak yang tergedik...ish3...)

Selamat bertadarrus semua!

Tu la kan, bila bulan Ramadhan ni, masing-masing berlumba nak kumpul pahala berlipat ganda...mudah2an tercapai segala hasrat.
Tadarrus adalah satu dari aktiviti yang harus bagi kebanyakan orang. I tak bolehlah kata wajib kannnn...sebab, ia bukan perbuatan wajib. Tahun ni i bercita-cita lagi nak khatam Quran. You perasan kan i tulis...bercita-cita dan lagi...satu hasrat murni tu. Betul tak? Tak tahu la boleh capai ke tidak...sebab baru juzuk 1 habis, dah dapat 'cuti2 Malaysia'. Berhari2 pulak tu...Last year, tinggal 2 juzuk..dah tak boleh habiskan..cuti. So tak khatam la. Tu sebab i kata i bercita2 tu.
Rasa teringin kembali menjadi remaja di mana setiap tahun, khatam kurang2 sekali. Nak salahkan umur ke? Tak patut betul Rozzana ni.
Pas tu kat ofis, bos bagi KPI SQ katanya...KPI Spiritual...semua staf dapat pembahagian juzuk untuk dibaca. Of course! termasukla i kan...sorang baca 3 juzuk. Setakat ini, satu juzuk pun i belum habis baca...almaklum...
Masalah bertadarrus ni kan...bila sorang2 baca...sape nak semak...pas tu...mengantuk giler mata ni...teruk betul! I kena mengaku, untuk buat secara istiqamah, memang kena paksa diri. Kena fikirkan yang baik2...kena fikir, orang lain pun buat jugak.
Setakat yang i buat ni, bila sampai ofis awal...bulan Ramadhan la i sampai ofis awal, seawal kul 7.00 pagi. So...i jadi pembuka pintu ofis, i duduk sorang2...apa lagi...perlahan2 baca juzuk yang diamanahkan. Mudah2an sempat habis sebelum tarikh khatam yang ditetapkan.

Kawan2 semua, jom istiqamah bertadarrus!