Wednesday 8 August 2012

Perihal balik kampung

Mungkin ramai antara kita mengalami perkara ini: nak beraya di mana, kampung you atau kampung i?
kalaupun berkahwin dengan jiran sebelah rumah sekalipun, i rasa, isu ini tetap akan timbul. Kecuali, pasangan kita memang mengalah sokmo.

Memang la ada yang awal2 dah buat perjanjian, "bab berHari Raya, kita bergilir". Seronok begitu kan, tak payah nak bermasam muka. Setel semua awal2.

Kesian juga i terhadap kawan2 yang ada ketika menghadapi masalah berkenaan balik kampung ni. Selalu boleh setel sendiri tapi ada ketika, emak kat kampung pulak buat permintaan...ada kenduri la, rindu la...macam2 la. Kalau pasangan memahami tak mengapa lah. Tetapi kalau pasangan yang berkeras hati. I rasa la kan, kebiasaan yang selalu beralah adalah pihak suami. Isteri yang selalu berkeras. mungkin ini lah hasil keakraban antara anak dan mak. Dah berumahtangga sekalipun, mak tetap nombor satu. Hai isteri2...jangan lupa, bila dah berumahtangga, suami jadi nombor satu tau. Pujuk lah emak di kampung supaya memahami.

I ni, mujur juga emak seorang yang memahami. Mak mentua pun okay, tak pernah memaksa. Beraya la di manapun...janji selamat dan gembira.

Cuma, i pulak, tak mahu menyesakkan kepala suami, so i tak pernah meminta suami membuat apa2 pilihan...i ikut dia. Ke mana dia ada, di situ juga lah i akan berada. I malas nak peningkan kepala pasal kena buat pilihan. Lagipun, macam i kata tadi, suami nombor satu. Bagaimanapun, i cukup2 bersyukur sebab mak i oaky, mak mentua okay, suami juga okay. Mungkin sebab, i pun okay juga...hehehehe...tak banyak songel (perasan i ni!).

Apa2pun...i ingin ambil kesempatan ini, mengucapkan Selamat Hari Raya buat semua yang sudi membaca coretan i. Semoga semua berada dalam kegirangan. Dan keselamatan sepanjang membuat perjalanan ke mana2pun. Ingat orang tersayang selalu....



2 comments:

  1. I tak oke .. sbb tu tiap2 tahun rumah i no. 1. Asben suka tak suka pollo je. Hehehe.

    ReplyDelete
  2. hahahaha...rumah balik hidung...cam i gak!

    ReplyDelete